Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selamat Bersalin, Jessica Alba Timang Bayi Lelaki

Rozaimi Zubaidi
03/01/2018 02:26 MYT
Pelakon filem Fantastic Four, Jessica Alba, selamat melahirkan bayi lelaki pada malam tahun baharu.

Menerusi entri di akaun Instagram (IG), Jessica telah memuat naik gambar bayinya yang diberi nama Hayez Alba Warren .

Menurut Alba, Hayez merupakan hadiah tahun baharu yang paling istimewa baginya.

“Kamu bertuah kerana dapat bersama dengan seorang ibu yang kuat. Dua orang kakak kamu juga sudah tidak sabar mahu bertemu.

"Kamu akan bersyukur bila mereka membantu kamu untuk membesar.

“Ibu berjanji akan menyayangi kamu dan akan bersama dengan kamu untuk melayari impian kehidupan yang diinginkan,” tulisnya.

Alba dan suaminya, Warren telah berkahwin pada Mei 2008 di Los Angeles.

Mereka telah dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Honor Marie Warren, 10 dan Haven Garner Warren, 7 tahun.
#pelakon #Pelakon #bayi lelaki #Jessica Alba