"Selamat Hari Autism Sedunia, Tak Tau Nak Cakap Apa Dah" - Zarina Zainuddin

Asraf Aided
April 3, 2020 05:08 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin menulis ucapan sempena Hari Autism Sedunia yang disambut semalam.
Zarina juga mendoakan agar ibu bapa yang memiliki anak autism untuk terus kuat dan tabah menghadapi dugaan itu.
"Selamat Hari Autism sedunia, tak tahu nak cakap apa dah.
"Semoga mereka yang ada anak autism terus tabah dan kuat," tulisnya sebagai kapsyen di Instagram.
Di entri yang sama, Zarina turut memuat naik video menunjukkan gelagat salah seorang anaknya.
Menjengah ruangan komen pula, rata-rata pengikut Zarina meninggalkan respon positif dan memberi kata-kata semangat buatnya.
Seperti diketahui ramai, Zarina mempunyai anak kembar autism iaitu Muhammad Raizal Azrai dan Muhammad Razil Azrai.
#pelakon #Zarina Zainuddin #Pelakon #Autism