"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair
Asyraf Roslan
18/09/2024 16:55 MYT
18/09/2024 16:55 MYT
Bukan mudah untuk kita melupakan seseorang lebih-lebih lagi insan yang paling rapat dalam hidup kita.
Meskipun sudah mendirikan rumah tangga yang baharu, penyanyi, Bunga Citra Lestari tidak pernah melupakan orang yang pernah membahagiakannya iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Pelantun lagu Wanita Terbahagia itu juga menyatakan bahawa ada pelbagai perkara yang ingin dia sampaikan kepada Allahyarham.

“Selamat hari lahir di syurga. Saya rasa seperti banyak yang ingin diucapkan, banyak cerita yang ingin dikongsikan tetapi tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya.
“Kamu sangat bermakna bagi saya dan untuk semua orang yang terlalu menyayangi kamu. Semoga merayakan dengan meriah di sana. Saya rindukan kamu,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Berniat Untuk Memiliki Anak Lagi Kerana….” - Bunga Citra Lestari
ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari Sudah Move On, Bakal Nikah 2 Disember Di Bali
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Merapu Sangat! Netizen Dakwa Lalat Di Kening BCL Jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair
BCL juga menzahirkan rasa syukur atas kenangan yang telah dibina bersama dengan arwah suaminya itu.
“Apa yang boleh saya katakan ialah terima kasih. Terima kasih untuk semua momen indah, semua perjuangan yang kita lalui.
“Kegembiraan dan air mata yang dikongsikan bersama. Terima kasih untuk semua kenangan yang kita ada bersama,” katanya.
Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair telah melangsungkan perkahwinan pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noh Aidan Sinclair, 13.
Ashraf bagaimanapun meninggal dunia ketika tidur akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Selepas empat tahun, BCL kemudianya telah berkahwin buat kali kedua ngan Tiko Aryawardhana yang merupakan ahli perniagaan pada 3 Disember 2024.