Selamat Hari Lahir Abi, Terima Kasih Kerana Terima Saya Seadanya – Ucapan Sweet ChaCha Maembong Kepada Kekasih

Mya Amri
Ogos 16, 2017 04:49 MYT
Pelakon ChaCha Maembong membuat luahan hati tentang hubungan cintanya bersama kekasih, Leslie.
ChaCha yang juga adik kepada aktres Emma Maembong itu memberitahu dia kini berada dalam fasa bahagia dan beruntung kerana dikurniakan seorang kekasih yang benar-benar menyayangi dirinya.
Selain luahan, Chacha juga turut memuat naik beberapa foto mereka berdua dan video pendek beserta hashtag #abuturnsold, #lovelife, #livelifetothefullest dan #sweet27.
ChaCha juga turut membalas ucapan hari jadi yang diberikan oleh pengikut IGnya menerusi ruangan komen foto tersebut.
@dyanafakhru: How sweet ?
@chacha_maembong @dyanafakhru: Terima Kasih sayang❤️
Teks oleh: Mya Amri
Kredit foto: IG ChaCha Maembong / Leslie
#pelakon #Pelakon #Hari Jadi #ChaCha Maembong