Laman Utama

Selamat Kembali Ke Tanah Air, Nurul Ain Kongsi Keadaan Di Gaza Ketika Ini – “Rumah Dibom Lapan Peluru Berpandu”

Muhammad Firdaus
14/11/2023
23:55 MYT
Seorang rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, 37, dan suaminya Mohamed Adan Shaat, 33, telah selamat kembali ke tanah air setelah terkandas akibat perang antara rejim Zionis dan Palestin sejak 7 Oktober lalu.
Menurut sumber, pasangan tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.55 malam di Terminal 1 menerusi pesawat QR4993, Qatar Airways yang berlepas dari Doha, Qatar.
Sesampainya Nurul Ain dan suami di tanah air, pasangan itu disambut dengan pelukan dan tangisan kegembiraan ahli keluarga yang melepaskan rindu setelah hampir setahun tidak berjumpa. Dalam pada itu, Nurul Ain juga sempat berkongsi pengalamannya berada di Gaza di mana dia menyifatkan kehidupan di situ bukanlah sesuatu yang mudah.
"Dekat sana bukan mudah kerana tiada stok makanan, selimut dengan barangan keperluan lain. Lebih baik kami keluar dari Gaza dan ambil langkah lain untuk salurkan bantuan di sana.
"Malah dekat sana, ada dalam kalangan ahli keluarga yang syahid. Rumah dia dibom bukan satu tapi lapan peluru berpandu sehinggakan muka pun hancur tak nampak,” katanya.
Untuk info, suami kepada Nurul Ain, Mohamed Adan merupakan warganegara Palestin. Nurul Ain mengikut suaminya pulang ke kampung halaman pada 1 Oktober lalu buat pertama kali selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, pasangan itu terkandas akibat perang namun berjaya dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia) Ahad.

BERITA TRENDING: Netanyahu Tetap Degil Tolak Gencatan Senjata, Akui Terpaksa Sasarkan Orang Awam Kerana Hamas

Sumber: Sinar Harian/ERA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

"Saya Tidak Lagi Mewakili Ismanira" - Peguam Ibu Zayn Rayyan

gempak
26/07/2024
01:55 MYT
Peguam, Mahmud Jumaat mengesahkan tidak lagi mewakili ibu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dituduh atas kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah

gempak
26/07/2024
01:35 MYT
Anggota polis yang ditahan berkait pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pagi Jumaat.