Selamat Pulang Menghadap Ilahi Wahai Ayahandaku – Iqram Dinzly Reda Pemergian Bapa

Mya Amri
Oktober 10, 2017 05:54 MYT
Bapa kepada pelakon Iqram Dinzly, Muhammad Saipuddin Ahmad Said meninggal dunia pada jam 5.35 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh, Perak.
Iqram memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya hari ini.
“Assalammualaikum. Alkesahnya #papakuterlantarlagi berakhir jam 5.35 pagi tadi. Selamat pulang menghadap Illahi wahai ayahandaku.
“Allahyarham Muhammad Saipuddin Bin Dato Seri Haji Ahmad Said. Jenazah akan dikebumikan hari ni juga tanpa dilengahkan masa.
“Hamba memohon maaf sekiranya ayahanda hamba ada khilaf sepanjang hayatnya. Malah sekiranya ada hutang yang ada, sila beritahu hamba hendaknya.
“Doakan segala urusan, ujian & dugaan ini dipermudahkan. Dan terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan sepanjang Al Kesahnya #papakuterlantarlagi & membantu kami sekeluarga #dinzlyfamily.
“Assalammualaikum wbt. Talaqqi Dinzly Studio: 142 , Lengkok Kledang Raya , Taman Seri Tahan , 30100 Ipoh Perak ,” tulisnya.
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Meninggal Dunia #Pelakon #Iqram Dinzly