Selamat Tinggal Bola Sepak! Fernando Torres Umum Persaraan
Kamaruddin Razal
21/06/2019 13:35 MYT
21/06/2019 13:35 MYT
Fernando Torres mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak hari ini, selepas 18 tahun bermain secara profesional, lapor Astro Awani.
Penyerang berusia 35 tahun dari Sepanyol itu beraksi untuk pasukan Sagan Tosu di Jepun tahun lalu, membuat pengumuman menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.
Torres akan memberi butiran lanjut mengenai keputusannya untuk bersara pada satu sidang media pada Ahad di Tokyo.
Torres menjaringkan 81 gol sepanjang empat musim bersama Liverpool dan memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa dan Piala FA dengan Chelsea.
Bekas penyerang antarabangsa Sepanyol itu juga memenangi Piala Dunia pada 2010.
Torres berhijrah ke Liverpool dari kelab tempat kelahirannya, Atletico Madrid pada 2007 dan menjaringkan 24 gol untuk the Reds pada musim pertamanya di England.
Dia kemudian membuat kejutan apabila berhijrah ke Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan Januari 2011.
Sumber: Astro Awani

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.