Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selamba Masak Di Stesen Minyak, Group Kereta Dikritik Warganet - "Level B*doh Dia Tak Boleh Bawa Bincang"

Muhammad Firdaus
13/05/2024 05:57 MYT
Tular satu video TikTok baru-baru ini memaparkan beberapa individu membawa alatan memasak dan menjamu selera di sebuah stesen minyak terkenal di Malaysia.

Berkelah Dekat Stesen Minyak?

Menerusi entri berdurasi satu minit itu, dapat dilihat kumpulan berkenaan tanpa rasa bersalah memasak menggunakan dapur mudah alih disertakan dengan meja dan kerusi lipat seolah-olah sedang 'berkelah' di lokasi tersebut.

"Level bodoh dia tak boleh bawa bincang...

Namun, tindakan kumpulan itu diselar warganet kerana perbuatan yang dilakukan boleh menyebabkan kepada insiden yang tidak diingini memandangkan stesen minyak merupakan tempat mudah terbakar.

Antara komen yang diterima:

"Belum pernah lagi aku jumpa manusia dekat muka bumi ni yang healing guna stove dekat stesen minyak. Level bodoh dia tak boleh bawa bincang,"

"Kalaulah meletup ke...Nauzubillah min zalik. Allah bagi otak tu gunalah adik-adik. Dah lah buat jem tempat orang nak isi minyak, membahayakan nyawa orang pula tu.

Bagai buntal kembung, empunya video berkenaan bagaimanapun tidak menerima teguran yang dilemparkan malah memberi respons negatif terhadap individu-individu yang menasihatinya,



Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih satu juta tontonan di Platform X.

BERITA TRENDING: Lepak Atas Rooftop Bangunan, Aksi Berbahaya Beberapa Individu Buat Netizen Seriau

Sumber: Platform X

#Viral #masak #Kereta #Stesen Minyak #Berkelah #Genting Highland #Picnic