Satu video tular baru-baru ini memaparkan aksi berbahaya beberapa orang individu melepak di atas kawasan bumbung sebuah apartmen.

Menerusi entri berdurasi 13 saat itu, kejadian didakwa berlaku di sebuah apartmen terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

“Dah tak ada tempat ke nak lepak?!

Posting tersebut menerima kritikan dari majoriti warganet di mana rata-ratanya menyifatkan individu-individu berkenaan sebagai manusia yang tidak menghargai nyawa.

“Bodoh tempat macam ni korang buat lepak. Kalau jatuh mamp*s menyusahkan ramai orang!”

“Dah tak ada tempat ke nak lepak?!”

“Menyusahkan bomba, DBKL serta residen dekat situ kalau ada yang jatuh mati. Tak pasal-pasal orang trauma.”

Netizen Persoal Pengurusan

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tanggungjawab bahagian pengurusan bangunan tersebut.

“Pengurusan buat apa?!”

“Biasanya bangunan tinggi ni akses untuk ke rooftop mereka akan kunci. Kalau macam ni pengurusan bangunan memang tak buat kerja lah,”

“Sekuriti tak buat pengawasan ke?”


Sekadar info, tiada maklumat lanjut tentang tindakan yang dikenakan kepada semua individu terlibat.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih lebih 100,000 tontonan di Platform X.

BERITA TRENDING:Guna Taktik Kopi Campur Racun Tikus, Wanita Ditahan Polis Cuba Bunuh Anak Tiri

Sumber: Platform X