Pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Melaka, Aqmal Ramdan terkejut apabila videonya menyanyi sambil mengambil bacaan suhu pengunjung tular di media sosial.

Jelas Aqmal, 23, tindakannya itu sekadar untuk hiburan sambil bekerja dan tidak melanggar prinsip profesional tempat kerjanya.

"Saya tak sangka video saya menyanyi sambil check suhu viral sampai ke Indonesia.

"Itu diri saya, memang sambil-sambil bekerja cuba hiburkan diri dengan menyanyi...

"Selagi saya gembira bekerja, bos saya tidak menghalang. Asalkan tahu batas dan profesional ketika bertugas," katanya kepada Gempak.

Baru sebulan bertugas sebagai pengawal keselamatan, Aqmal yang dahulu seorang penyanyi mendapat perhatian apabila gelagat bersahajanya mula dirakamkan oleh selebriti media sosial, Zairul Griezmann minggu lepas.

Tak ada lah rasa lama kalau ada orang nyanyi sambil check suhu kan. TAG penyanyi asal !

A post shared by mohd zairul (@zairulgriezmann) on


Video nyanyian merdu Aqmal sehingga kini ditonton lebih 500,000 kali di Instagram Zairul dan mendapat perhatian daripada pelawak dan penyanyi Achey sendiri.

"Dalam video itu saya menyanyikan lagu Achey dan dia sendiri ada mengulangsiar video saya.

"Ada kata muka saya pun macam Achey, saya terima pandangan orang, tak ada salahnya pun," tambahnya.

Alhamdulillah terima kasih Allah S.W.T kerana mendengar doa saya dan doa dari orang yang support saya dari dulu sampai sekarang dan terima kasih juga kepada yang memberi comment yang positive ♥️.. I love you brother @zairulgriezmann yang bantu saya masa saya jatuh.. and thanks to abang @acheykintangkintung sebab sudi repost video ni ♥️#spreadlove #yangpentingbahagia

A post shared by Aqmal (@aqmalramdan_) on


Populariti kilat Aqmal menyebabkan ada pengunjung yang datang ke pusat beli-belah itu semata-mata untuk mencarinya.

"Yang datang dari Kuala Lumpur sekeluarga semata-mata nak jumpa saya pun ada.

"Tengah-tengah makan pun tiba-tiba ada minta saya menyanyi spontan pun ada. Saya layankan saja," cerita Aqmal bersungguh-sungguh.

Aqmal sebelum ini pernah menghasilkan beberapa single antaranya Lepaskanlah Aku dan Separuh Jiwaku.

Namun, dedah Aqmal kerjayanya hampir musnah apabila pernah ditipu oleh bekas pengurus yang juga rakan baiknya sendiri.