Buli siber semakin meningkat di kalangan pengguna laman sosial atau netizen.

Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari ia penyebab kepada mangsa buli untuk mengalami kemurungan atau depresi.

Seperti Telefilem berjudul 7 Netizen yang akan ditayangkan di Astro Citra (saluran 131) pada malam ini (9 November 2019), kecaman yang dilakukan di alam maya telah menjadi punca kematian seorang lelaki.

Namun ia tidak tamat disitu sahaja kerana adik kepada lelaki mangsa buli tersebut, Alif telah mencari identiti sebenar tujuh orang netizen yang terlibat membuli abang kesayangannya di media sosial sehingga membunuh diri.

Malah, seorang demi seorang dari mereka telah dibunuh dengan kejam!

Nadia, ketua kumpulan 7 Netizen meminta ahlinya untuk berhenti tetapi nasi telah menjadi bubur. Mereka terus diburu dan dibunuh.

7 Netizen bergiat aktif mengecam dan menyebarkan sesuatu yang tak pasti di media sosial dan menjadikan artis sebagai sasaran mereka.

Dalam pada itu, Nadia telah meluahkan segalanya kepada Alif, lelaki yang dicintainya. Tetapi kini Nadia adalah buruan iaitu netizen yang terakhir.

7 Netizen dibintangi oleh Ucop, Nafiz Muaz, Mimi Lana, Aepul Drama Band, Kak Girl dan ramai lagi!

Apakah kesudahannya? Saksikan 7 Netizen pada Sabtu ini, 9 November 2019 jam 9 malam hanya di AstroCitra (saluran131) dan CitraHD (saluran 126).

Mulut tempayan boleh kita tutup, ini kan pulak mulut manusia. Tapi skrg ni bukan mulut tapi keyboard n keypad masing2. Synopsis 7 Netizen : Alif perlu mencari siapa 7 netizen yang terlibat membuli abang kesayangannya di media sosial sehingga membunuh diri. 7 Netizen ini bergiat aktif mengecam dan menyebarkan sesuatu yang tak pasti di media sosial dan menjadikan artis sebagai sasaran mereka. Namun, seorang demi seorang dari mereka telah dibunuh dengan kejam. Nadia, ketua kumpulan 7 Netizen meminta ahlinya untuk berhenti tetapi nasi telah menjadi bubur. Mereka terus diburu dan dibunuh. Saksikan telefilem #7Netizen Sabtu ini 9 malam hanya di #AstroCitra131 & #CitraHd126 #stopcyberbully #depressionisreal Lakonan: @nafizmuaz @missmimilana @yusuf_bahrin @azrisabrii @aepul.roza @kakgirlsebenar @ucopppp @matover_mo @bungaisme @nelissanizam

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on