Akhirnya impian untuk menikah di usia muda dan sempat tertunda karena pandemik COVID 19 oleh pasangan pelakon Rizky Billar dan penyanyi dangdut, Lesti Keroja terlaksana.
Rizky, 26, dan Lesti, 22, selamat menjadi suami isteri dengan sekali lafaz. Pernikahan mereka yang dilaksanakan di Hotel Intercontinental Pondok Indah, Jakarta Selatan disiarkan secara langsung dari stesen televisyen Indosiar.
"Ananda Muhammad Rizky, saya nikahkan Ananda dengan anak saya Lestiani binti Endang Mulyana dengan mas kahwin berupa wang tunai sebesar USD72,300 (RM300,000) dibayar tunai," ujar Endang Mulyana.
"Saya terima nikah dan kahwinnya Lestiani binti Endang Mulyana dengan mas kahwin USD 72,300 dibayar tunai," ujar Rizky Billar seperti dilaporkan Kompas.
Jumlah mas kahwin mahal yang diberikan oleh Rizky kepada Lesti telah menjadi perhatian ramai.
Ternyata, pelakon itu sengaja memilih angka 72,300 sebagai simbolik ikatan cinta mereka.
Angka 7 merupakan simbolik Lesti dan Rizky pertama kali bertemu pada bulan 7 atau Julai sementara angka 23 menandakan tanggal pertemuan pertama mereka.
Ucapan Rizky kepada Lesti setelah sah menjadi isterinya turut menarik perhatian.
"Isteriku, ini adalah mahar dariku untukmu dan keluarga. Diterima ya," kata Rizky.
Lesti membalas: "Suamiku, terima kasih masyaAllah alhamdulillah. Mungkin kalau mahar ada jumlahnya, mudah-mudahan cinta dan rasa kasih sayang anda tidak terbatas jumlahnya."
Pernikahan yang berlangsung dalam adat Sunda itu juga hanya dihadiri 30 tetamu yang telah lengkap menerima vaksin COVID 19, sesuai SOP yang ditetapkan republik tersebut.
Rizky dan Lesti pertama kali dipertemukan dalam program yang dikendalikan oleh Tukul Arwana pada tahun 2020.
Pertemuan keduanya dalam program tersebut selepas mereka menjadi sensasi kerana cinta dengan pasangan masing masing yang tak kesampaian.
Lesti pernah menghadiri pernikahan mantannya, Rizky Syafaruddin atau Rizky DA dengan Nadya Mustika Rahayu.
Sementara Rizky pula telah hadir ke pernikahan pelakon wanita yang diketahui pernah memiliki hubungan istimewa dengannya, Dinda Hauw dan Rey Mbayang.
Walaupun sempat dikatakan hubungan akrab yang tercetus selepas pertemuan tersebut hanya 'wayang', namun keduanya membuktikan cinta yang terbit di antara mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan.
Kredit Foto: Tribunnews.com
Instagram: @lestikejora
Maliah Surip
Thu Aug 19 2021

.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse Itu
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Nak Beli Pisang Goreng Pun Tak Minta Duit Laki Saya" - Elfira Loy
Biar la duit suami dia

"Kita Kena Kurangkan Orang B*d*h Dalam Kerajaan”- Caprice Ulas Isu Menteri Minta Kurangkan Makan Telur
Caprice geram Menteri suruh kurangkan makan telur
.jpg?ext=.jpg)
Didakwa Bermasam Muka Dengan Fazura? Ini Komen Pereka Fesyen Popular Rizman & Ruzaini
Alamak kenapa pula gaduh

Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Wah tahniah!

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"
Usaha tangga kejayaan.