Berita
Selektif Dalam Memilih Naskah, Intan Ladyana Belum Rancang Berhenti Berlakon
Pelakon Intan Ladyana mengakui masih belum mempunyai rancangan untuk bersara daripada bidang lakonan.
Menurut Intan sebaliknya dia lebih memilih naskah yang tertentu supaya lakonannya dapat memberi kesan pada penonton.
"Buat masa sekarang, masih belum terlintas mahu bersara kerana saya sayangkan kerja lakonan dan ia merupakan minat saya yang paling mendalam.
"Namun, saya akui saya sangat selektif supaya apabila muncul dalam mana-mana naskhah, ia akan meninggalkan impak serta kesan yang mendalam juga kepada penonton.
"Saya tidak mahu menerima tawaran hanya kerana mahu memastikan muka saya diingati orang.
"Saya lebih risau jika mereka bosan melihat saya berulang kali di televisyen," katanya.
Sumber: Kosmo! Online
Must-Watch Video