Laman Utama

Selena Gomez Bercinta Dengan Rakan Justin Bieber

Maliah Surip
08/12/2023
08:55 MYT
Penyanyi Selena Gomez mengumumkan dia sudah kembali menjalin cinta dengan rakan dalam industri atau penerbit, Benny Blanco.
Gomez juga menyebut hubungan mereka sudah terjalin sejak enam bulan lalu namun dia baru mahu mewar-warkan kisah asmaranya tengah minggu ini.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Sokong Apa-Apa" - Selena Gomez Nak Padam Akaun Instagram?

Pengumuman tersebut dibuat menerusi perkongsian foto dirinya bersama Blanco di Instagram Story. Gomez dilihat bersandar pada badan Blanco.
Perkongsian tersebut terus menarik perhatian warga siber selepas mengetahui identiti kekasih baharu penyanyi tersebut.
Blanco adalah teman bekas kekasih ‘terunggul’ Gomez, Justin Bieber.
Penerbit tersebut juga pernah berkolaborasi dengan Bieber menerusi lagu Lonely pada 2020.
Dia juga pernah menjalankan kerjasama dengan Gomez pada tahun 019. Saat itu keduanya berkolaborasi dengan J Balvin dan Tainy menerusi lagu I Can't Get Enough.

BERITA TRENDING: Selena Gomez Rasa Terbeban Jadi Wanita Paling Ramai Pengikut Di Instagram

Apa yang membuat warga siber marah dengan keputusan Gomez bercinta dengan Blanco adalah kerana lelaki tersebut pernah mengutuk wanita itu secara terbuka sebelum ini.
Namun Gomez mengatakan saat ini dia sangat gembira kerana Blanco menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kalahkan Rihanna, Justin Bieber Dibayar RM47 Juta Menyanyi Di Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

gempak
06/07/2024
13:30 MYT
Pesta mewah menuju perkahwinan Anant Ambani dan Radhika Merchant kembali berlangsung.
Hollywood

Justin Bieber Bakal Jadi Bapa, Isteri Hamil Lepas 5 Tahun Kahwin

gempak
10/05/2024
02:55 MYT
Kegembiraan sedang menyelimuti pasangan selebriti terkenal Hollywood, Justin Bieber dan isteri, Hailey.
Laman Utama

Hailey Bieber Benci Didakwa Bergaduh Dengan Selena Gomez Kerana Lelaki

gempak
02/07/2023
14:50 MYT
Tak baik putar belit
Laman Utama

Hailey Bieber Teringin Anak Dengan Justin Bieber Tapi Takut, Rasa Tak Selamat

gempak
16/05/2023
14:43 MYT
Justin Bieber dan Hailey Bieber telah berkahwin secara rahsia pada tahun 2019.
Laman Utama

Peminat Mengeluh, Penganjur Masih Belum Refund Tiket Konsert Justin Bieber - “Berapa Lama Nak Tunggu?”

gempak
15/11/2022
16:50 MYT
Hampir sebulan tunggu