Penyanyi dan pelakon, Selena Gomez merupakan wanita yang mempunyai jumlah pengikut terbanyak di Instagram buat masa ini.
Bekas bintang Disney itu kini mempunyai 429 juta pengikut di media sosial, mendahului Kylie Jenner yang sebelum ini memegang gelaran berkenaan.
Bagaimanapun, status tersebut seolah-olah dianggap sebagai beban tersendiri oleh penyanyi berusia 31 tahun itu.
"Saya akan sentiasa menghargainya. Tetapi ia satu tanggungjawab yang besar. Ia agak menakutkan," katanya ketika menghadiri Persidangan Muzik dan Kesihatan Universal Music Group dan Thrive Global baru-baru ini.
Selena sebenarnya tidak pernah mengambil berat tentang jumlah pengikut media sosial miliknya. Namun, dia mengakui menggemari platform berkenaan kerana ia dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi dengan peminatnya.
Ujar Selena, ramai peminat menghubunginya dan berkongsi tentang perjuangan hidup mereka dan bagaimana muziknya membantu mereka mengharungi masa sukar.
Menerusi pertambahan jumlah pengikut, dia mengakui berasa sedikit sukar walaupun ia turut memberi manfaat untuknya.
“Saya bersimpati dengan orang ramai, dan saya rasa itulah yang membuatkan saya terkawal, sejujurnya,” kata kawan baik Taylor Swift.
"Saya fikir saya boleh menjadi sedikit ‘cuai’ dengan emosi dan bercakap dengan orang muda, wanita yang akan melalui perceraian atau menjalani kemoterapi - ia bukan hanya tentang saya, dan saya sedar sepenuhnya tentang itu," kongsi Selena.
Selena Gomez menjadi wanita paling ramai pengikut di Instagram hasil pertikaian dramanya dengan Hailey Bieber dan Kylie Jenner, tidak berapa lama dahulu.
Khabar angin ini tersebar luas di media sosial, sehingga ramai yang memberikan sokongan dengan menjadi pengikut Selena.
Ariana Grande berada di kedudukan ketiga sebagai wanita paling ramai pengikut Instagram iaitu 379 juta diikuti Kim Kardashian dengan 364 juta pengikut dan Beyoncé di kedudukan kelima dengan 317 juta pengikut.
BACA: Hidap Bipolar, Selena Gomez: “Dunia Akan Lebih Baik Tanpa Saya”
Izwan Isa
Sat Sep 23 2023
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum
Tampil Dengan Iklan Eksklusif Menerusi ‘Operasi Fizz’, Peminat Juga Berpeluang Jumpa Pelakon Filem ‘The Experts’ Di Sesi Jelajah
Tak sabar nak tengok filem The Experts!
18 Tahun Berehat, The A.C.A.B Kembali Bikin Showcase
Selepas 18 tahun kumpulan THE A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024.