Hiburan

Selepas 10 Tahun, Wonder Girl Dibubarkan

gempak
Rozaimi Zubaidi
27/01/2017
07:02 MYT
Sponsor Banner
Selepas 10 Tahun, Wonder Girl Dibubarkan
Kumpulan yang popular menerusi lagu Nobody, Wonder Girls, secara rasmi telah dibubarkan pada 26 Januari 2017 selepas 10 tahun bertapak dalam industri muzik.
Menerusi laporan Allkpop, perkara tersebut telah disahkan oleh pihak pengurusan mereka, JYP Entertainment mengenai pembubaran kumpulan tersebut.
"Pembubaran kumpulan tersebut diumumkan menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube oleh syarikat pengurusan mereka.
"Thank you for being so wonderful," tulis pengurusan JYP menerusi sebuah klip video yang memaparkan momen terbaik bersama Wonder Girls.
Berita mengenai pembubaran Wondergirls mula diperkatakan selepas kontrak mereka bersama JYP tamat pada akhir tahun lalu.
Namun spekulasi mengenai perkara tersebut semakin serius selepas peminat mula menyedari poster Wonder Girls telah diturunkan dari bangunan JYP Entertainment.
Terdahulu, Wonder Girls yang dianggotai oleh Ye Eun, Yu Bin, Hyelim, dan Sun Mi pernah berkunjung ke Malaysia sempena konsert World Stage 2010, Konsert Twin Tower pada tahun 2011 dan konsert Wonder Girls Wonder World Malaysia Tour 2012, di Stadium Negara.
Namun, sebelum memutuskan untuk memilih haluan masing-masing, mereka akan muncul dengan single terakhir sebagai tanda perpisahan Wonder Girls kepada peminat.
Olahan Oleh : Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live