Bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), Linda Nanuwil bakal kembali dengan sebuah single baharu tahun ini.

Lagu yang masih belum diberikan judul itu dicipta Linda sendiri dan sudah 30 peratus siap.

"Saya dapat bekerjasama dengan pengarah muzik yang sudah lama saya idamkan.

"Pada mulanya saya buat lagu itu berkonsepkan balada tetapi setelah berbincang, kami mungkin akan ubah sedikit lagu itu agar tidak terlalu mendayu-dayu.

"Sehingga kini tajuk lagu itu belum ada... Nantikan pengumuman daripada saya nanti," katanya memetik laporan HLive.

Linda atau nama sebenarnya Norlinda Nanuwil, 34, pernah popular menerusi lagu Jika Kau Kekasih sekitar tahun 2005.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Ranau, Sabah itu berharap single terbaharunya akan diterima ramai dan menjadi hadiah terindah buat peminatnya.

"Terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan saya sampai sekarang. Saya harap single ini akan diterima ramai," tambahnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).