Penyanyi HyunA dan E'Dawn dari kumpulan Pentagon telah mengesahkan bahawa mereka telah menjalinkan hubungan percintaan sejak dua tahun lalu.

Walau bagaimanapun, agensi mereka tidak menyedari tentang hubungan mereka selama ini.

Menurut laporan Koreaboo, HyunA dan E'Dawn ingin bersifat jujur kepada peminat dengan mengumumkan kisah hubungan mereka kepada umum.

"Kami mahu jujur memberitahu peminat dan menunjukan keyakinan kepada mereka ketika membuat persembahan," katanya.

HyunA dan E'Dawn mula menjalinkan hubungan percintaan pada Mei 2016 lalu.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Koreaboo