Buat pertama kalinya selepas 21 tahun ditubuhkan, kumpulan Padi bakal hadir ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert.

Kembali dengan nama Padi Reborn, mereka menjanjikan konsert yang ternyata akan memuaskan hari peminat di Malaysia.

Padi Reborn dianggotai oleh Piyu (Gitar), Fadly (Vokal utama), Ari (Gitar), Rindra (Bass) dan Yoyo (Drum).

Mereka bakal mempersembahkan deretan hit klasik antaranYa Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda dan Menanti Sebuah Jawaban.

Manakala, kumpulan Pitahati pula dijemput sebagai band undangan yang bakal memberikan persembahan terbaik pada malam tersebut.

Konsert Padi Reborn Exclusive Live in KL yang dibawakan oleh Qew Communication ini dijadualkan berlangsung pada 30 Jun 2018.

Terdahulu, Padi pernah bergabung dengan beberapa kumpulan dari Indonesia yang lain termasuk Dewa 19 dan Gigi dalam konsert Pesta Malam Indonesia 3.

Tiket-tiket untuk Padi Reborn Exclusive Live In KL dijual dengan harga RM149 (early birds) dan RM179

Manakala untuk sesi bertemu peminat pula adalah RM249 (early birds) dan RM290.

Tiket-tiket boleh didapati di www.buytickets.com.my