Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas 3 Hari Hilang, Ini Gambar Terkini Albertine Leo Bersama Keluarga

Gempak
24/07/2024 06:55 MYT
Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang, dipercayai diculik di Iskandar Puteri di sini pada Sabtu lalu, sudah kembali ke pangkuan keluarganya.

Kongsi foto bersama keluarga

Menerusi akaun Facebook Barbie Hui Hui, dia berkongsi foto kanak-kanak itu bersama ibunya, Leo Qieo Xin, bapa dan beberapa orang lain yang dipercayai ahli keluarga.

"Terima kasih semua atas keprihatinan semua masyarakat, dia (kanak-kanak itu) selamat, namun keletihan dan trauma disebabkan insiden yang berlaku beberapa hari ini.

"Kami akan bawa dia pulang untuk berehat dan berkumpul bersama keluarga terdekat bagi memastikan keadaannya terus baik," katanya dalam catatan Facebook pada Selasa.

Pemilik akaun itu juga memaklumkan dia sudah diberi kebenaran oleh ibu kanak-kanak itu untuk memuat naik gambar dan hantaran berkenaan.

BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta

​BERITA TRENDING: Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Disambung Reman Selama 7 Hari

BERITA TRENDING: Lagi Kes Hilang, Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang Sejak 27 Jun

​BERITA TRENDING:Gara-Gara Tak Mahu Hubungan Sulit Terbongkar, Wanita Tergamak Buang Bayi Siap Balut Dalam Plastik

Difahamkan, kanak-kanak itu menerima rawatan di Hospital Selayang, Selangor pada pagi Selasa dan kemudian dihantar pulang ke Johor Bahru di bawah pengawasan ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum disatukan dengan keluarganya, petang hari sama.

Terdahulu, media melaporkan penemuan kanak-kanak itu dalam keadaan selamat di Batang Kali yang disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Polis Johor sebelum itu menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa, yang disedari kira-kira jam 8.30 malam Sabtu lalu.

Kanak-kanak tersebut ketika itu mengikut bapanya ke pusat perniagaan Eco Galleria di Iskandar Puteri.

Seramai lima suspek kini ditahan reman, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian
#Culik #Gambar #Kanak-Kanak #Keluarga #Hilang #albertine #leo