Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Agih telur ayam

Terbaharu, geng yang tidak dikenali identiti tersebut telah mengagihkan telur ayam pula secara percuma di sekitar masjid Puchong Perdana.

Menerusi perkongsian video oleh seorang individu di Platform X, dapat dilihat orang ramai berkerumun untuk mendapatkan sepapan telur secara percuma.

Sementara itu, salah seorang daripada kumpulan tersebut juga dilihat memegang sepanduk kertas bertulis;

“Telur ayam percuma.

“Kami bukan pempengaruh, kami bukan selebriti, kami bukanlah sesiapa,” tulisnya.

Komen netizen

Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen terdapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang memuji tindakan mereka sehingga memberikan gelaran “robinhood” dan ada juga yang was-was dengan kegiatan yang dilakukan kumpulan tersebut.

“Diorang ni robinhood.

“Alhamdulillah. Dapat berkongsi manfaat pada pendatang asing juga.

“Besar pahala bagi orang makan. Alhamdulillah.

“Tengok gaya dengan cara macam marketing je. Last-last keluar saya sifu forex.

“Confirm marketing ploy ni, nampak sangat. Kalau bersedekah ni kita berpeganglah kepada prinsip tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri.

“Lain macam tapi ambik jelah telur tu selagi kita taktau hasil duit diorang dari mana,” komen beberapa netizen.

Berita Trending: “Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak…

Berita Trending: “Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri…