Skip to main content

Berita Tempatan

"Selepas Arwah Ayah Pergi Pada 2011, Akulah Abang & Ayah Kepada ....." - Fizo Omar Sedih Tak Dapat Jadi Wali

fizo-(2).jpg
Pelakon dan usahawan Fizo Omar meluahkan rasa sedihnya apabila tidak dapat bersama-sama keluarganya pada majlis akad nikah adiknya, Nini Adila.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fizo menjelaskan dia reda dengan perancangan Allah dan gembira apabila adiknya telah selamat bernikah.

"Sebagai abang dan ayah untuk adik bongsu perempuan saya sepatutnya menjadi wali. Aku rasa sedih sebab tak boleh ada skali on her big day.

"Dah lama plan nak match date, tapi perancangan Allah lebih baik, dia jemput aku jadi tetamuNYA pada tahun ni.So aku serah je pada Allah dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Adik bongsu yg aku syg @nini.adila dah pun selamat diijab kabulkan.

"Lepas arwah ayah pergi pada 2011 aku dan @wanzack83 lah abang dan ayah kepada adik-adik dan family.Pesan arwah, jaga adik elok-elok dan bimbing dia sampailah dia dah kahwin nanti. Itulah tanggungjwb seorang abang," tulisnya.

Menerusi entri tersebut juga, Fizo mengakui bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh adiknya dan mendoakan agar perkahwinan adiknya itu kekal selamanya.

"Aku bangga dengan adik bongsu aku ni, siang malam dia usaha sebab dia nak balas balik jasa mak dan adik beradik yang jaga dia selama ni. Aku percaya pasangan pilihan dia ni akan membimbing dan membawa adik aku ke syurga firdaus.

"Congrats to both u. Till jannah. Abe love you adik. Welcome to our family Khai," tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SEDIH VS BANGGA . As a brother n 'father' to my youngest sister n supposed to be her WALI, aku rasa sedih sbb xboleh ade skali on her big day.dah lama plan nak match date, tapi perancangan Allah lebih baik,dia jemput aku jadi tetamuNYA pada tahun ni.So aku serah je pada Allah n Alhmdllh semuanya berjalan lancar.adik bongsu yg aku syg @nini.adila dah pun selamat diijab kabulkan. Lepas arwah ayah pergi pd 2011, aku n @wanzack83 lah abang dan ayah kpd adik2 n famly.Pesan arwah, jaga adik elok2, dan bimbing dia sampailah dia dah kahwin nnti.itulah tanggungjwb seorang abang. . Aku bangga ngn adik bongsu aku ni,siang malam dia usaha sbb dia nak balas balik jasa mak n adik beradik yg jaga dia selama ni.aku percaya pasangan pilihan dia ni akan membimbing dan membawa adik aku ke syurga firdaus. . Congrats to both u.till jannah.abe love u dik.Welcome to our family Khai. . @wandianaomar

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, Fizo akan menyertai All Stars Buka Panggung akan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Program ini akan menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Berikut merupakan para All Stars yang akan bertanding dari minggu pertama hingga ke minggu ke lima.
 
All Stars Minggu Pertama
1) Datuk Aaron Aziz
2) Datin Seri Umie Aida
3) Naim Daniel
4) Liyana Jasmay
 
All Stars Minggu Kedua
1) Datuk Rosyam Nor
2) Datin Diana Danielle
3) Fizo Omar
4) Farahdhiya
 
All Stars Minggu Ketiga
1) Fahrin Ahmad
2) Zulhuzaimy
3) Sharifah Sakinah
4) Sweet Qismina
 
All Stars Minggu Empat
1) Datuk Fizz Fairuz
2) Johan As’ari
3) Rita Rudaini
4) Ruhainies
 
All Stars Minggu Lima
1) Fauzi Nawawi
2) Izzue Islam
3) Noorkhiriah
4) Mona Allen
 
Seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu bagi merebut peluang bertanding pada minggu separuh akhir dan hanya empat peserta yang bakal melayakkan diri ke peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi.

Untuk setiap minggu, juara mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4000 kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air.

Program ini akan bersiaran selama 7 minggu bermula 6 September, setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.

Advertisement

Must-Watch Video