"Selepas Azan Subuh Dia Beri Isyarat 5 Jari, Saya Ingatkan …" - Isteri Allahyarham S Atan
Asyraf Roslan
16/11/2024 14:25 MYT
16/11/2024 14:25 MYT
Isteri kepada Allahyarham komposer legenda, Datuk S Atan iaitu Datin Norizan Yeoh reda dengan pemergian suaminya.
Norizan juga meluahkan rasa syukur kerana dapat menunaikan segala permintaan suaminya sebelum pergi buat selamanya.
"Saya penuhi segala permintaan arwah apabila dia enggan makan ubat baharu termasuk tidak mahu dirawat di hospital.
"Selain itu, pagi tadi selepas azan Subuh dia memberi isyarat lima jari iaitu jumlah wang yang ingin disedekahkan.
"Saya ingatkan dia nak sedekah RM5 tapi RM50. Dalam keadaan yang tidak bermaya dia gagahkan juga masukkan duit itu ke dalam kotak khas yang diperuntukkan," katanya.