Selepas menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir, pelakon Ardel Aryana kini berada di Syria dalam misi menyalurkan keperluan musim sejuk di sana.
Isteri kepada aktor Nadzmi Adhwa itu berangkat ke Syria bagi mengikuti misi kemanusiaan bersama badan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction sejak 28 Disember lalu.
Ardel berkata, kunjungan ke khemah pelarian di Idlib adalah untuk mengagihkan sumbangan daripada rakyat Malaysia kepada anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan di negara bergolak itu.
“Aku belajar banyak benda tentang reda dan aturan yang Allah tetapkan untuk hamba-Nya. Terima kasih rakyat Malaysia. Bahagia mereka apabila kita masih mengingati mereka, bawakan makanan dan baju sejuk untuk mereka.
“Terima kasih kepada yang percaya kepada saya untuk sampaikan sumbangan kalian di Syria. Inilah bumi Syria, bantuan musim sejuk untuk mereka.
“Kebanyakan di sini rumah kena bom tapi mereka tetap tinggal di sini. Ke mana lagi mereka mahu pergi,” kongsinya menerusi Instagram Story, malam tadi.
Ardell selaku ikon pertubuhan yang aktif menyalurkan bantuan kepada insan memerlukan sama ada di Malaysia atau di negara bergolak bersama pasukannya turut membawa bekalan ubat, selimut dan pakaian musim sejuk.
Terdahulu, Nadzmi Adhwa turut memuat naik hantaran di Instagram (IG) mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya dan mendoakan agar misi bantuan di Syria berjalan lancar.
Fiza Kamarudin
Thu Dec 30 2021


GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi

Netizen Dakwa Zoey Rahman Dah Tak Handsome Macam Dulu, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…
Ye ke Zoey dah tak handsome macam dulu?

“Untuk Berkahwin Kena Jaga Niat, Bukan Sebab Nafsu Semata…” - Imran Aqil
Suka tengok Imran dan isteri, Dahlia.

Michael Ang Fobia Pernah Kena Gigit Anjing Belaan Bapa - "Kalau I Ada Kuasa I Akan Buat Law..."
Tak semua tempat haiwan perliharaan sesuai dibawa.

Guru Kritik Soalan Matematik Budak Darjah 3 Tak Masuk Akal - “Tak Dak Akidah Punya Soalan”
Memang nampak susah untuk budak darjah tiga

McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Isu Pelanggan Dikenakan Caj Untuk Sos Cili Peket
Ini kenyataan daripada McDonald's Malaysia

“Saya Bukan Nabi…” - Perceraian Kali Ketiga Uji Kesabaran Engku Emran
Emran kongsi perasaannya di Instastory.