Selepas Bercerai, Balkisyh Ditinggalkan Dengan Akaun Kosong, Hutang... Terpaksa Tumpang Rumah Jiran
Kamaruddin Razal
31/08/2018 14:42 MYT
31/08/2018 14:42 MYT
Pelakon yang terkenal dengan watak Atul dalam drama bersiri Mak Cun, Balkisyh, 31, mendedahkan dirinya terpaksa menumpang di rumah jiran kerana ketiadaan wang selepas bercerai.
Sebelum ini, pemilik nama sebenar Balkisyh Semundur Khan ini menyembunyikan penderitaan sepanjang 11 tahun perkahwinan dengan bekas suami.
BACA: "2 Tahun Saja Bahagia, 9 Tahun Lagi..." - Balkisyh Dedah Pengalaman Pahit Jadi Mangsa Keganasan Perkahwinan
Menurut Balkisyh, dia sering menjadi mangsa keganasan bekas suami dan pernah membuat 14 laporan polis berkaitan dengan perkara terbabit.
"Selepas berpisah dengan bekas suami, saya ditinggalkan dengan akaun bank yang kosong, hutang kediaman, bayaran kereta tertunggak selama empat bulan tidak berbayar dan rumah pula dikunci.
"Selama empat hari, saya terpaksa meraih simpati dan menumpang di rumah jiran. Semuanya kerana bekas suami tidak membenarkan saya memasuki rumah terbabit," katanya.
Hasil perkahwinan Balkisyh dan bekas suami, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 7, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 2.
Ditinggalkan sehelai sepinggang bersama anak-anak, Balkisyh juga menceritakan yang dia harus berjuang mencari nafkah untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Selepas kejadian tersebut, saya bangkit. Saya terpaksa membanting tulang berusaha lebih keras untuk berjuang mencari nafkah.
"Saya kena mencari duit untuk membayar hutang piutang ditinggalkan begitu saja," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang diadakan di D’Takhta i-City, Shah Alam baru-baru ini.
Karya ini dijayakan oleh Hefny Sahad, Raysha Rizrose, Nabila Razali, Syafie Naswip dan ramai lagi.
Diterbitkan oleh Creative Skill Solution, Cintaku Di Bumi Izmir bersiaran setiap Isnin dan Selasa jam 9 malam di HyppSensasi (Unifi TV saluran 116).