Berikutan kejayaan lagu Bangun, penyanyi rap sensasi, Aman RA melancarkan single terbaru yang merupakan kesinambungan kepada cerita Budak Flat.

Single terbaru yang diberi judul Semangat Impian itu telah di tulis bagi menginspirasikan seluruh masyarakat Malaysia untuk tidak berputus asa dalam usaha menggapai mimpi mereka.

Menariknya, lagu terbabit menggambarkan perjalanan hidup peribadi dalam mencapai impiannya.

Perjalanan Aman RA dalam industri muzik bermula dengan Budak Flat yang mengisahkan dirinya yang menghadapi kesusahan dan realiti harian tetapi tetap memegang kepada impian untuk berubah nasib.

Budak Flat kemudiannya beralih ke Bangun yang memberi rentak yang lebih positif kepada pendengar dalam menyampaikan pesanan motivasi untuk bangun dan berjuang demi memperbaiki hidup.

Lagu Bangun telah menjadi anthem dan inspirasi kepada ramai dan korus yang agak menarik menjadi bahan nyanyian anakanak kecil.

Semangat Impian pula merupakan lagu yang di inspirasikan oleh pencapaian Aman RA tahun ini dalam bertanding dalam Anugerah Juara Lagu dan kejayaan manis memenangi tempat kedua sebagai penulis lagu.



Ini telah menunjukkannya bahawa keazaman dan kepercayaan untuk melalui segala rintangan telah mendorong dalam merealisasi impiannya.

Video muzik rasmi pula menonjolkkan aspirasi dua pemuda iaitu pemain bola sepak gaya bebas, Muhammad Ariff Abd. Karim yang pernah mewakili Malaysia ke peringkat dunia and pelakon muda, Mohd Daniel Emirrul.

Cerita mereka menggambarkan kegigihan dan semangat untuk mencapai matlamat masing-masing.

Menerusi lagu dan lirik lagu ini, Aman RA mengharapkan agar ia menjadi pembakar semangat dan memberi inspirasi untuk selalu berpegang pada impian, sentiasa berusaha untuk mengatasi segala rintangan demi mencapai impian.

Semangat Impian boleh didapato di semua platform digital dan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran AmanRAVEVO di YouTube bermula 31 Julai.