Hiburan

"Selepas Dia Tiada, Saya Tidak Tahu Apa Sebenarnya Kehidupan" - Alya Iman Rindu Arwah Azmil Mustapha

gempak
Amri Hassan
02/11/2020
00:15 MYT
Sponsor Banner
"Selepas Dia Tiada, Saya Tidak Tahu Apa Sebenarnya Kehidupan" - Alya Iman Rindu Arwah Azmil Mustapha
Anak kepada pelakon legenda era 1980-an, Azmil Mustapha, Alya Iman mengakui sentiasa merindukan arwah bapanya biarpun sudah dua tahun meninggalkannya sekeluarga.
Kata Alya, 19, pemergian aktor yang popular menerusi filem Ali Setan itu memberi kesan mendalam kepadanya.
"Saya kehilangan kekuatan saya pada dua tahun lalu, dia satu-satunya penyebab saya jalani hidup setiap hari. 17 tahun yang luar biasa hidup bersama dia melalui semua pencapaian dan kesusahan saya.
"Ada ketika kita hanya ada sekeping roti untuk dimakan dan terpaksa bekerja siang dan malam, tapi ada juga hari kita nikmati makanan kegemaran bersama, sushi dan pergi berjalan-jalan.
"Bagi saya, kehidupan hanya bekerja keras untuk dia dan menyediakan dengan apa yang saya mampu. Tapi selepas dia meninggalkan kita, saya tidak tahu apa sebenarnya kehidupan sehingga hari ini," katanya.
Alya yang juga anak bongsu kepada Azmil berkongsi luahan hatinya itu di Instagram pada Sabtu sempena menyambut ulang tahun kelahiran Allahyarham Azmil yang ke 67 tahun pada 31 Oktober lalu.
Dalam pada itu, Alya mengakui arwah bapanya sentiasa mengajarnya supaya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah sebaik-baik perancang.
"Dia mengajar saya bahawa Allah swt akan sentiasa ada untuk anda melalui semuanya kalau anda sentiasa percaya kepadaNya.
"Hari ini (Sabtu) sepatutnya usia dia sudah mencecah 67 tahun kalau dia masih hidup, Allah mengetahui saya berharap dia masih ada, saya terlalu rindukannya, Al-Fatihah," ujarnya.
A post shared by Alya Iman (@alyimn) on
Allahyarham bapanya meninggal dunia pada Februari 2018 ketika usia 65 tahun di kediaman keluarga di Shah Alam akibat serangan jantung.
Instagram: @alyimn
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live