Selepas kecoh didakwa menumbuk muka bekas isterinya, pelakon Hafidz Roshdi tampil dengan kemas kini terbaharu di akaun Instagram peribadi miliknya.

Menerusi entri berkenaan Hafidz dilihat memuat naik rakaman momen- momen bersama dua orang anaknya di rumah.

Dalam kapsyennya, Hafidz memberitahu seolah-olah tidak kisah dengan kata-kata orang dan lebih mengutamakan tanggungjawabnya kepada anak-anak.

"Kata la apa pun. Orang bukan tahu macam mana abah sayang anak-anak. Tanggungjawab dekat anak-anak tetap nombor satu," luahnya.

Video yang dimuat naik itu juga dilihat seperti Hafidz sedang membuat konten untuk satu produk kanak-kanak.

Semelam kecoh apabila adik iparnya yang mahu dikenali Sofia mengesahkan bekas isteri Hafidz, Shuhada Mat Shukri ditumbuk tiga kali di muka sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital keran cedera dan beradarah.

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.