,
Hiburan

Selepas Direnjat Elektrik, Redza Minhat Jatuh Cinta Dengan Siti Saleha

Kamaruddin Razal
11/03/2017
08:37 MYT
Selepas terbabit dalam insiden kemalangan renjatan elektrik, pelakon Redza Minhat jatuh cinta dengan aktres Siti Saleha.
Bibit-bibit percintaan dua pelakon hebat ini dapat disaksikan menerusi telefilem Kekasih Elektrik yang akan ditayangkan di Astro Citra (131) pada jam 9.00 malam ini.
Menurut pengarahnya, Razaisyam Rashid, telefilem ini menampilkan kelainan subjek percintaan dari sudut pandang berbeza.
"Ada banyak cerita bertemakan cinta yang ditonjolkan dari sudut pandangan seorang perempuan. Menerusi Kekasih Elektrik, saya ingin membawa cinta dari sudut pandangan lelaki. Maknanya, cerita cinta yang dipaparkan lebih maskulin,” ujarnya.
Telefilem yang menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang pada bulan lalu ini bercerita mengenai watak Amri yang dijayakan oleh Redza Minhat. Amri merupakan seorang lelaki yang tidak mempercayai cinta.
Bagaimanapun, perasaan cinta itu kemudiannya datang tanpa sengaja dalam kehidupan Amri selepas dia terbabit dalam insiden kemalangan renjatan elektrik.
Bagaikan penghubung, renjatan elektrik tersebut menghadirkan Puspa lakonan Siti Saleha dalam kehidupan Amri.
Istimewanya, hanya Amri yang mampu memahami Puspa, melayani masalah Puspa dan mengesan aura cinta dalam perhubungan itu.
Selain Redza dan Saleha, telefilem ini turut membariskan Amirul Affendi, Bront Palarae, Beto Kusyairi dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan telefilem Kekasih Elektrik yang akan ditayangkan di Astro Citra (131) pada jam 9.00 malam ini!
Sumber: Utusan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#TheGiftedGraduation: Grace Cemas Potensi Dirinya Pula Menjadi Sasaran Musuh

gempak
03/09/2022
11:00 MYT
The Gifted Graduation Episod 11
Laman Utama

#TheGiftedGraduation: Third, Grace & Time Berada Di Pihak Supot! Miss Darin Cemas Jika Rahsia Virus NYX88 Bocor

gempak
20/08/2022
11:00 MYT
Episod 9 The Gifted Graduation
Laman Utama

#TheGiftedGraduation: Kehadiran Miss Darin Menambah Masalah, Supot Pegang Rahsia Terbesar Kementerian

gempak
13/08/2022
11:00 MYT
The Gifted Graduation Episod 8
Laman Utama

#TheGiftedGraduation : Nasib Korn Kini Dalam Bahaya, Episod Untuk Membalas Dendam Sudah Bermula!

gempak
30/07/2022
11:00 MYT
Dendam Sudah Bermula
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: "Walau Saya Mudah Terhibur, Takkan Mudah Bagi 5 Bintang!" - Siti Saleha Cabar Diri Jadi Juri Program Lawak

gempak
22/07/2022
08:00 MYT
Macam mana Siti Saleha jadi juri? Mesti cute
BorakSeeni