Disney dan Sony Pictures telah mencapai persetujuan baru untuk mengekalkan watak Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Pada Ogos lalu, media melaporkan Spider-Man bukan lagi sebahagian daripada watak adi wira dalam MCU selepas dua syarikat penerbitan filem gergasi itu tidak dapat memuktamadkan perjanjian untuk meneruskan perkongsian mereka.

BACA: Tiada Lagi Spider-Man Dalam MCU, Bagaimana Nasib Tom Holland?

Menurut laporan Forbes, perjanjian terbaru itu menyaksikan Presiden Marvel Studios, Kevin Feige akan mengetuai produksi dan penerbitan filem terbaru Spider-Man.

Dalam pada itu, tarikh tayangan Spider-Man 3 juga turut diumumkan.

Bakal menemui penonton pada 16 Julai 2021, ini menjadi tanda yang filem terbaru Spider-Man akan menjadi sebahagian dari fasa keempat MCU.

Sumber: Forbes
Kredit foto: People