Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Selepas Ditunda, Nadia Brian Nikah 9 November Ini

Syafiqah Jalal 25/07/2019 | 10:20 MYT
Tarikh majlis pernikahan pelakon Nadia Brian yang sepatutnya berlangsung pada 19 September ini telah ditunda ke 9 November 2019.
Menurut Nadia, dia dan tunangnya, Muizz Nasruddin menunda perkahwinan ke tarikh baharu selepas mendapat lokasi yang sesuai untuk majlis mereka.
“Sebelum ini, saya menunda tarikh perkahwinan kami kerana tiada lokasi yang sesuai dan kosong ketika itu.
“Kini, saya bersyukur kerana kami mendapat lokasi yang sesuai dan boleh memuatkan tetamu seramai 1500 iaitu di Magika Hall, Subang.
“Kami akan bergabung mengadakan satu majlis sahaja memandangan kami sama-sama berasal dari Kuala Lumpur,” katanya kepada Gempak.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi ditemui ketika pembukaan cawangan baharu The Hair TRIC Lashility, MyTown Cheras sebentar tadi.
Bercerita mengenai persiapan perkahwinannya, Nadia bersyukur ia berjalan dengan lancar.
“Semua berjalan seperti yang dirancang dan saya akui tidak mahu terlalu tertekan dengan persiapan perkahwinan.
“Bagi saya, nak kahwin tak perlu stress, cuma perlu kena enjoy sahaja perjalanan itu.
“Apa yang penting, jangan terlalu mahu ikut-ikut orang. Cuma buat perancangan perkahwinan seperti apa yang kita mahu dan mampu,” katanya lagi.
Mula berkawan semenjak dua tahun lalu, Muizz telah melamarnya di Kota Paris pada Februari lalu dan menjalinkan ikatan pertunangan pada 4 Mei lepas.
Nadia kini sedang dalam proses penggambaran drama untuk slot Akasia bersama pelakon Sharnaaz Ahmad, Redza Rosli dan ramai lagi.
#pelakon #Kahwin #Nikah #Nadia Brian #Kahwin #Pelakon #Tunda
;