Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas Dua Tahun, Akhirnya Kang Gary Dedah Wajah Anak

Mya Amri
05/09/2019 15:00 MYT
Bekas anggota Running Man Kang Gary akhirnya mendedahkan wajah anak lelaki kesayangannya.

Gary berkongsi beberapa foto anaknya itu menerusi posting terbaru diakaun Instagram miliknya hari ini.

Foto-foto tersebut merakamkan Gary sedang memerhati dan melayan karenah anaknya yang sedang bermain.

“Bestie” tulisnya ringkas.

베프

A post shared by @ kanggary_yangban on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji Gary selain menyifatkan penyanyi rap itu sebagai seorang bapa yang baik kerana meluangkan masa bersama anaknya.


Terdahulu, Gary tidak pernah mendedahkan wajah anaknya dan hanya merakamkan bahagian belakang atau pun tepi badan untuk dikongsi kepada umum.

Gary telah melangsungkan perkahwinannya pada 5 April 2017 secara rahsia tanpa sebarang majlis.

Hasil perkahwinan tersebut, Gary dikurniakan seorang anak pada 17 November tahun yang sama.
#Kang Gary #Artis Korea #Kang Gary