Penyanyi lagu Alhamdulillah, Wani kini melebarkan sayapnya dalam bidang pengacaraan.
Selepas bertanding dalam program Gema Gegar Vaganza (GGV), Wani bakal muncul dalam program Inspirasi Hawa yang bakal bersiaran di Astro Oasis.
"Program ini bakal bersiaran sempena kehadiran bulan Ramadan. Inspirasi Hawa merupkan sebuah program yang bercerita mengenai koleksi siri monolog yang mengangkat kisah-kisah agung wanita Islam.
"Inspirasi Hawa juga memberi pendedahan kepada penonton untuk menghargai pengorbanan wanita. Saya terlibat dalam beberapa episod dan program ini turut dijayakan oleh Wany Hasrita dan Ainan Tasneem.
"Jangan lupa saksikan Inspirasi Hawa bermula 27 Mei, setiap Jumaat hingga Ahad pada 7.00 malam di Astro Oasis," kata Wani kepada Astro Gempak.
Penampilan Wani sebagai pengacara merupakan percubaan pertamanya menceburi bidang baru selain nyanyian.
"Sejujurnya, saya tidak mempunyai pengalaman tetapi saya cuba memberanikan diri melakukan perkara baru.
"Sukar untuk saya menjadi seorang pengacara tetapi saya melakukan kajian terlebih dahulu sebelum memasuki set penggambaran. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri tidak sabar menantikan hasilnya," katanya lagi.
Wani yang menyampaikan lagu Hati Kama di konsert minggu kelima Gema Gegar Vaganza menjadi peserta keempat tersingkir.
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal