Berita
Selepas Hamil 5 Bulan, Eka Sharif Dedah Jantina Bayi
Penyanyi Eka Sharif mendedahkan bahawa dia bakal melahirkan bayi sulung lelaki.
Perkara itu diumumkan bintang Akademi Fantasia musim ke-9 tersebut menerusi satu upacara gender reveal (pendedahan jantina) yang diadakan bersama ahli keluarganya.
"Cerita masa malam berinai Dila. Alang-alang Eka buat game baby gender dengan keluarga.
"Eka tak nak cucuk belon tapi, Eka bagi peluang kepada keluarga yang dapat jawab soalan berpeluang untuk cucuk belon," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam posting tersebut, seramai empat ahli keluarganya yang terpilih untuk melakukan upcara meletupkan belon yang mengandungi status jantina bayi yang dikandungnya.
Usia kehamilan pelantun lagu Percaya Hati yang berduet bersama Projector Band itu kini sudah memasuki lima bulan.
Terdahulu, pada Oktober Eka memaklumkan dirinya sudah disahkan hamil sebelum sempat mengadakan majlis resepsi ekoran penangguhan berikutan pandemik Covid-19.
Eka atau nama sebenarnya, Nur Atiqah Shariffufin, 31, mendirikan rumah tangga dengan Nazrulnazim Abdul Jabar, 33, pada 19 Julai lalu dalam satu majlis pernikahan ringkas.