Selepas kelibat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menggayakan tas tangan berjenama Dior yang bernilai RM20,000 viral baru-baru ini, penyanyi lagu Anta Permana itu sekali lagi mencetuskan kejutan dalam kalangan peminat apabila menyarungkan selendang berjenama sama untuk sebuah persembahan malam semalam.

Menariknya, menerusi hasil ‘siasatan’ netizen, selendang berona coklat kemerahan gelap yang dipadankan dengan busana merah rekaan perekaan terkemuka Rizman Ruzaini itu berharga RM4,100.



Menerusi keterangan yang ada pada laman web Dior, selendang yang diberi nama D-Oblique Shawl itu diperbuat daripada paduan wul, kain kapas dan sutera.

“Siti menari dengan shawl Christian Dior, RM4,100,” tulis seorang peminat.

Meninjau ruangan komen di Instagramnya, rata-rata peminat memuji busana yang digayakan oleh beliau pada persembahan berkenaan. Ramai yang meminta agar Siti mengekalkan stail dan imej yang sama untuk penampilan persembahan pada masa akan datang.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


“Cantik sangat, love this look. Harap dilekalkan for the comeback,” tulis seorang peminat sambil menyertakan emoji tanda suka.

“She’s feeding us non stop. Keep it up Siti Nurhaliza,” tulis seorang lagi peminat pada gambar yang dimuat naik oleh Siti.

Terdahulu, selain tas tangan berharga ribuan ringgit, Siti Nurhaliza turut meraih perhatian netizen dengan persalinan hitam putih yang digayakan ketika menghadiri acara fesyen Rizman Ruzaini di Kuala Lumpur Fashion Week 2021.

Selain itu, jam tangan yang dipakai oleh beliau yang bernilai sekitar RM1 juta turut menjadi bualan peminat di media sosial.

BACA: Selepas Jam Tangan Rupanya Tokti Beli Beg Tangan Mewah Berharga RM20,000 2 Jam Sebelum Majlis Bermula!

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!