Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Selepas Kahwin, Eyra Hazali Bakal Berpindah Ke Johor

Zulaikha Yusof
15/10/2019 03:44 MYT
Pelakon Eyra Hazali mendedahkan akan berpindah ke Johor selepas bergelar isteri kepada penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli.

Walaubagaimanapun, Eyra tetap meneruskan kerjayanya sebagai anak seni seperti biasa.

"Mengenai perancangan rumah tangga, kami sudah berbincang sebelum bertunang lagi.

"Sekarang ini susah sikit apabila dia di Johor, saya di Kuala Lumpur.

"Jadi saya akan berpindah ke Johor namun akan kembali apabila ada tuntutan kerja yang perlu diselesaikan.

"Haziq benarkan saya untuk menerima sebarang tawaran berlakon asalkan tahu batas-batas sebagai seorang isteri," katanya kepada Gempak.

Eyra ditemui ketika usai sesi rakaman Naura Shares di Taylor Universiti pada Sabtu lalu.

Tambah Eyra, dia akan berehat dari berlakon sehingga bulan Januari tahun hadapan.

"Saya akan berehat seketika daripada berlakon untuk majlis perkahwinan saya sehinggalah bulan Januari tahun hadapan.

"Saya ada terima tawaran untuk berlakon Megadrama namun tidak dapat diterima memandangkan inai di jari masih merah lagi," ujarnya.

Eyra dan Haziq bakal disatukan pada 1 November ini di Kuala Lumpur.

Pasangan itu telah bertunang pada 1 Disember 2018 selepas setahun bercinta.
#pelakon #Pelakon #Eyra Hazali
;