Kumpulan K-Pop terkenal Girls’ Generation akhirnya membuat kemunculan sempena ulang tahun ke-15 mereka.

Berita itu disahkan oleh agensi mereka, SM Entertainment dalam satu kenyataan.

Menurut SM, album itu sangat istimewa kerana meraikan debut mereka yang bermula pada tahun 2007.

"Selepas album studio keenam mereka Holiday Night pada Ogos 2017, ini akan menjadi kemunculan semula pertama mereka dengan kesemua lapan ahli dalam tempoh lima tahun," jelas kenyataan tersebut.

Kumpulan yang dianggotai lapan wanita iaitu Sunny, Yuri, Yoona, Seohyun, Taeyeon,

Sooyoung, Tiffany, dan Hyoyeon ini bakal muncul dengan album terbaharu pada Ogos ini.

Selepas album studio keenam mereka, Holiday Night, pada Ogos 2017, ini akan menjadi kemunculan semula pertama mereka dengan kesemua lapan ahli dalam tempoh lima tahun.

Seiring dengan keluaran album mereka, Girls’ Generation juga akan muncul dengan pelbagai program TV dan program realiti mereka sendiri.