Selepas Maafkan Zulhairi, Shuib Bakal Buru Lagi Pengguna Media Sosial Biadab, Mahu Heret Ke Mahkamah
Maliah Surip
04/07/2023 05:50 MYT
04/07/2023 05:50 MYT
Usai melakukan pertemuan dengan salah seorang penyebar fitnah mengenai dirinya ahli Freemason dan memaksa pihak hospital menidurkan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin sebelum meninggal dunia, Shuib masih mencari beberapa pengguna media sosial lain.
Shuib dengan tegas mahu mengheret seorang pengguna media sosial, John Dihani ke mahkamah kerana menyifatkan lelaki tersebut sebagai biadab.
“John Dihani setakat ini awak memang A.
“Memang malam tadi John ada hubungi saya menerusi DM dan meminta untuk dilakukan pertemuan dan minta maaf.
“Tapi saya fikir untuk John, kita jumpa di mahkamah saja sebab cara dia agak biadab,” tegas Shuib.
undefined
Shuib ditemui media sewaktu pertemuan terbuka dan minta maaf salah seorang penyebar fitnah, Zulhairi Omar di premis Bubble Bee cawangan Tasik Permaisuri.
Suami kepada Watie itu juga menjelaskan saat ini, pihak guamannya telah menghantar surat saman kepada pihak John.
“Saya percaya sekarang mungkin John sudah menerima surat saman daripada peguam saya kerana ia telah disiapkan malam tadi.
“Saya ada nombor telefon dan alamat rumah John, cuma saya memang mahu serahkan hal yang satu ini kepada peguam dan kita bertemu di mahkamah nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Shuib mendedahkan hantaran Facebook tindakan beberapa individu mengaitkan dia dengan Freemason dan mendakwa Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan ketika dijangkiti Covid-19 sebelum meninggal dunia dua tahun lalu.
BACA: Burukkan Nama Arwah Isteri, Dituduh Ahli Organisasi 'F', Shuib Bidas Dakwaan Netizen - "Tunggu Kenyataan Dari Pihak Saya"
BACA: Dalam Masa 24 Jam Shuib Minta Individu Tuduh Dirinya Freemason Jumpanya Sebelum... - "Kenapa Libatkan Arwah Isteri Aku!"