Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Selepas Popular, Anis Al-Idrus Rindukan Privasi

Ahmad Shah 01/07/2016 | 05:41 MYT

Pendatang baru, Anis Al-Idrus mengakui rindu kehidupan privasinya sebelum bergelar selebriti.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 28 berkata, walaupun sukar untuk mendapat kehidupan privasi seperti sebelum ini, dia akur.

Tambah Anis, dia bersyukur kehadirannya dalam industri seni tanah air kini semakin dikenali ramai.

“Saya sangat-sangat rindukan privasi seperti sebelum ini yang boleh keluar sesuka hati ke mana-mana dengan sesiapa pun yang saya mahu.

“Tapi tidak mengapa kerana saya yang merelakan dan pilih kerjaya sebagai seorang selebriti. Jadi saya sedia mengjafapi cabaran seperti ini dalam kehidupan harian,” kata Anis kepada Astro Gempak.

Anis Al-Idrus ditemui sewaktu majlis pengumumam AIM yang ke-22 di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Menurut Anis, dia turut bersyukur apabila peminat sentiasa memberikan sokongan dalam apa jua aktiviti seni yang diceburinya.

“Rasa sangat bersyukur kerana peminat yang sentiasa menyokong karier lakonan dan nyanyian saya. Bila saya ambil keputusan untuk cuba menceburi bidang nyanyian, peminat suka pula dengan single Mengapa.

“Alhamdulillah peminat tidak pandang dari sudut negatif apabila saya ambil keputusan untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian pula selain berlakon,” ujarnya.

Katanya lagi, dia tidak kisah sekiranya ada sesetengah pihak menganggap dirinya tamak kerana menceburi banyak bidang dalam satu masa.

“Saya akan kekal fokus dengan semua bidang saya ceburi seperti lakonan, nyanyian, peragaan dan juga bisnes. Kalau tamak mencari rezeki yang halal tidak mengapa, jangan sampai menjatuhkan orang lain itu tidak bagus.

“Saya tak rasa serabut pun nak uruskan banyak benda dalam satu masa kerana saya dah biasa dan memang merelakan hati sebab rasa seronok ,” katanya.

Berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Anis bakal bercuti selama 11 hari selepas sibuk dengan aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan.

“Saya dan keluarga akan pulang ke Johor sehari sebelum hari raya dan raya ketiga kami semua akan ke Kelantan. Saya sengaja ambil cuti panjang untuk berehat selain menghabiskan masa bersama keluarga dan sanak saudara,” ujar Anis mengakhiri perbualan.

#pelakon #Penyanyi #Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) #Artis Tempatan #Pelakon #Penyanyi
;