Suami kepada pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam, Datuk Nor Azam Sulaiman sukar berjalan akibat kesakitan pinggang melampau selepas pulih dari COVID-19.

Jelas Rebecca, kesakitan suaminya itu mula dirasai sejak dua hari lalu sebelum menerima rawatan di sebuah pusat perubatan ibukota pada Khamis.

"Sang cinta, suamiku tiba-tiba susah nak jalan disebabkan pinggangnya sakit sangat-sangat.

"Dua hari lepas dia dah rasa sesuatu dengan pinggangnya tapi tetap cuba kuatkan diri, tapi semalam tiba-tiba susah nak berjalan pula.

"Saya apa lagi, terus bawanya membuat pemeriksaan di hospital, risau tak tahu nak cakap apa punca?

"Mungkin ke selepas baik dari COVID-19 stage 4-5 hari tu ada kesan sampingan? Hanya Allah yang mengetahui," kata Rebecca.

Dalam perkongsian di Instagram, suaminya turut disorong menaiki kerusi roda untuk menjalani rawatan di hospital sebelum keluar dalam keadaan bertongkat.

Tambah Rebecca, suaminya akan menerima rawatan susulan selepas tempoh seminggu.

"Doktor bagi ubat untuk seminggu tengok macam mana. Sebab sejujurnya suami saya memang tak suka pergi hospital dan apa lagi masuk hospital.

"Semoga baik sahaja dan sakitnya ini biasa sahaja ya sayang. Tapi itulah, bangun susah, nak jalan harus ada tongkat ya," ujarnya.

21 Julai lalu Nor Azam dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat akibat jangkitan COVID-19.

BACA: Suami Rebecca Bebas COVID-19, Tapi... - "Cepat Penat, Tak Boleh Banyak Bercakap"

Pada 8 Julai, Rebecca memaklumkan selain dirinya, suami dan enam anaknya turut dijangkiti virus berbahaya itu. Malah, tiga pembantu rumahnya turut terjangkit.

BACA: "Suami, Enam Anak Positif COVID-19" - Rebecca Nur Al Islam Mohon Doa

BACA: Selepas Suami & Enam Anak, Rebecca Pula Disahkan Positif COVID-19

BACA: "Serius COVID-19 Bahaya, Suami Saya Dah Pakai Oksigen Sekarang" - Rebecca