Laman Utama

Suami Rebecca Bebas Covid-19, Tapi…-“Cepat Penat, Tak Boleh Banyak Bercakap…”

gempak
Syafiqah Jalal
21/07/2021
00:35 MYT
Sponsor Banner
Suami Rebecca Bebas Covid-19, Tapi…-“Cepat Penat, Tak Boleh Banyak Bercakap…”
Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam bersyukur kerana akhirnya suami, Datuk Nor Azam Sulaiman telah bebas Covid-19 dan pulang ke rumah.
Menurut Rebecca suaminya kini beransur sihat dan perlu lebih banyak berehat dan bertenang.
“Suamiku syurgaku sudah pulang ke pangkuan keluarga. Alhamdulilah syukur teramat sangat.
“Suami sudah beransur sihat…cuma cepat penat,tak boleh banyak cakap.
“Doktor juga tak izinkan dia buat apa-apa dulu dan harus berehat tenang,” katanya.
Rebecca berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram mililknya.
Menerusi entri tersebut Rebecca berkongsi fotonya bersama suami yang menyambut Hari Raya Aidiladha semalam.
Dalam pada itu, Rebecca turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dia dan keluarga.
Malah turut berterima kasih kepada anggota barisan hadapan atau frontliners yang selama ini banyak membantu.
“Terima kasih buat semua keluarga,teman teman,kenalan,dan juga semua followers mummy yang tidak putus-putus sama-sama berdoa untuk suami saya serta kami sekeluarga.
“Tidak lupa juga..Terima kasih untuk semua frontliners dan semua doktor yang terlibat dalam memastikan suami dan saya sekeluarga sihat,” katanya.
Terdahulu, Rebecca mendedahkan dia dan tujuh anggota sekeluarga serta tiga pembantu rumahnya dijangkiti virus berbahaya itu dan suaminya dilaporkan kritikal iaitu berada di tahap empat.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2011 dan mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.
BACA: Suami Dan Anak Rebecca Nur Al-Islam Dijangkiti Covid-19 BACA: Rebecca Dijangkiti Covid-19 Kerana Menjaga Suami & Anak-Anak BACA: Suami Rebecca Terpaksa Memakai Bantuan Oksigen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live