Selepas Setahun Kahwin, Zarina Anjoulie Sah Bercerai - "Kami Sudah Tak Sehaluan"
27/01/2021 06:10 MYT
Mahligai yang dibina pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah hanya mampu bertahan selama enam bulan selepas mengumumkan dia kini sudah pun bercerai.
Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagram (IG) sebentar tadi.
“Saya secara rasminya telah cerai. Kami tidak sehaluan lagi dan penceraian adalah pilihan sendiri.
“Terima kasih kerana ambil berat,” katanya.
Jelas Anju lagi, dia juga ingin menggunakan masanya kini untuk menumpukan soal anak dan keluarga.
“Anju nak fokus kerja, keluar dan anak. Anju nak guna masa ini, terima kasih,” katanya.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen dilihat agak terkejut dengan pengumuman berkenaan.
Walaubagaimanapun, ramai juga yang memberi kata-kata semangat supaya pelakon itu terus tabah.
“Serious lah Anju, macam tak percaya”
“Betul ke ni last week tengok Anju ok je”
“Mungkin bukan jodoh” kata beberapa netizen.
Terdahulu, Anju mencetuskan kebimbangan netizen apabila membuat satu kenyataan di Instagram dipercayai mengenai status terkini perkahwinannya.
Menerusi posting tersebut, Zarina atau lebih mesra disapa Anju, dia seolah-olah menzahirkan rasa syukur selepas diceraikan.
“Alhamdulillah yeay aku dah cerai best day of my life.
BACA : Muat Naik Status Sudah Bercerai, Posting IG Zarina Anjoulie Cetus Tanda Tanya!
Untuk makluman, Anju bernikah dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar atau Yas sekitar Julai lalu.
Kedua-dua mereka disahkan berkahwin selepas dilihat berada di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
BACA: Kongsi Foto Pakai Busana Kahwin, Zarina Anjoulie Sah Bergelar Isteri?
Terdahulu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu menemui titik noktah pada Disember 2016.