Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah mencetuskan kebimbangan netizen apabila membuat satu kenyataan di Instagram dipercayai mengenai status terkini perkahwinannya.

Menerusi posting tersebut, Zarina atau lebih mesra disapa Anju, dia seolah-olah menzahirkan rasa syukur selepas diceraikan.

“Alhamdulillah yeay aku dah cerai best day of my life.

“Alhamdulillah terima kasih yas,” katanya.

Posting tersebut sekali gus mencetuskan tanda tanya netizen yang mahukan kepastian daripada empunya badan.

Menerusi beberapa komen di posting Anju, ramai yang memberi kata-kata semangat dan menitipkan doa supaya pelakon itu diberi kekuatan.

Malah, ada juga sebahagiannya meminta supaya perkahwinan itu diselamatkan.

Gempak cuba mendapatkan pengesahan daripada Anju dan maklumat selanjutnya akan menyusul.

Untuk makluman, Anju bernikah dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar atau Yas sekitar Julai lalu.

Kedua-dua mereka disahkan berkahwin selepas dilihat berada di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

BACA: Kongsi Foto Pakai Busana Kahwin, Zarina Anjoulie Sah Bergelar Isteri?

Terdahulu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu menemui titik noktah pada Disember 2016.