Selepas Squid Game, satu lagi drama Korea siri original Netflix berjudul My Name mendapat perhatian netizen.

Walaupun baru sahaja poster rasmi My Name dilancarkan, namun rata-rata netizen sudah menunjukkan rasa tidak sabar untuk menonton drama tersebut.

Tambahan pula My Name juga dibintangi pelakon hebat seperi Han Soo Hee, Ahn Bo Hyun dan Park Hee Soon.

Lebih menarik lagi, ini merupakan kali pertama pelakon drama fenomena The World of The Married, Han So Hee membawakan watak aksi.

Tak percaya? Hanya sekadar melihat poster watak utama yang dikeluarkan sahaja sudah cukup untuk mengetahui betapa tegangnya jalan cerita drama ini.

Berikut merupakan poster dan teaser My Name:

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)


Saksikan My Name secara ekslusif di Netflix pada 15 Oktober depan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU


Artikel lanjut bakal menyusul dalam ruangan #OhDaebak pada Ahad.

Sinopsis:

My Name mengisahkan tentang Yoon Ji Woo (Han So Hee) seorang wanita penuh yang nekad mencari pembunuh ayahnya dengan menyertai sindiket jenayah.

Yoon Ji Woo juga telah menyaksikan kematian ayahnya di depan mata dan perkara itu juga menyebabkan dia hanya ada satu tujuan iaitu membalas dendam!

Dia sanggup membuang nama sebenarnya untuk menyamar sebagai seorang polis di bawah identiti baru iaitu Oh Hye Jin untuk mencari pelakunya.

Sepanjang melakukan penyamaran, dia menemui beberapa kebenaran dan berdepan dengan situasi merbahaya.

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!