Laman Utama
Selepas Switzerland, Ebit Lew Bawa Isteri Tunai Umrah - “Perjalanan Cinta & Rindu Menziarahi Rasulullah”
Pendakwah bebas ustaz Ebit Lew mencuri perhatian ramai apabila ‘terbang’ lagi sekali membawa isterinya menunaikan ibadah umrah.
Menerusi laman sosial Facebook, Ebit berkongsi foto bersama isterinya di dalam sebuah penerbangan untuk tatapan umum.
“Doakan yer. Perjalanan cinta dan rindu menziarahi Baginda Rasulullah Solallahu alaihi wasallam,” tulis Ebit di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, mereka berdua kelihatan tersenyum di ruang penerbangan kelas pertama.
Namun, Ebit tidak memaklumkan pemergiannya bersama isteri mengambil masa berapa hari.
Sementara itu di ruangan komen, pemergian Ebit dan isteri ke tanah suci Mekah diiringi doa dan kata-kata sejahtera oleh wargamaya.
Ramai juga yang memohon agar Ebit mendoakan mereka supaya dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki ke Mekah suatu hari nanti.
“Assalamualaikum Ustaz Ebit dan isteri. Semoga dipermudahkan segalanya menunaikan Umrah. Semoga di doakan kami semua dapat pergi kesana juga. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin,” komen seorang wargamaya.
“Seronoknya ada duit boleh pergi bila-bila masa yang Kita nak.. ustaz tolong doakan suatu Hari nanti Saya Dan suami dapat jejak kaki ke sana amin,” luah seorang wargamaya.
“Kalau ada rezeki, saya nak pi Umrah dengan ustaz sekali. Aminnn...Inn Shaa Allah,” doa seorang wargamaya.
“Semoga perjalanan cinta ustaz dan isteri dipermudahkan selamat pergi dan balik. Salam kami kepada RasullahSAW dan sahabat baginda,” kata seorang wargamaya.
“Tahniah Ustaz dan Isteri menjadi tetamu Allah, doakan saya segera kesana dan sampaikan salam rindu kepada Rasullullah ya Ustaz, moga selamat pergi dan pulang,” tulis seorang wargamaya lagi.
Pada Oktober lalu, Ebit membawa keluarganya bercuti musim sejuk di negara Switzerland.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video