Hiburan
"Selepas Tahajud, Ada Orang Mesej Aku Pukul 4 Pagi Dan ..." - Zulin Kongsi Cerita Bertemu Jodoh
Pelawak dan penyampai radio Zulin Aziz berkongsi kisahnya bertemu dengan jodohnya selepas menunaikan solat sunat tahajud.
Kata Zulin, individu berkenaan yang juga baru selesai menunaikan solat sunat tahajud menghantar mesej kepadanya untuk berkenalan dan bernikah.
"Selepas tahajud ada seseorang mesej aku, seseorang yang aku tak pernah suka.
"Dia mesej pukul 4 pagi. Aku tanya dia tengah buat apa, dia cakap baru selesai tahajud.
"Eh sama pula, dia tanya khabar, status aku, dia suruh bagi peluang taaruf lalu bernikah.
"Aku baru saja lepas berdoa datang pula lelaki ini macam ni, jantung aku laju macam berlari 10 kilometer. Dia ni ke jodoh aku?" kongsi Zulin menerusi akaun Twitternya.
Zulin mengakui ini merupakan pengalaman pertama kalinya menjalinkan hubungan dengan lelaki yang tidak disukainya.Berkali2 aku jumpa org yang salah sampai aku redha yang masih belum waktunya untuk aku bahagia— ZulinAziz (@iamzulinaziz) June 26, 2018
"Aku pilih dan tawakal, yang lain kerja Allah.
"Katanya, jodoh Zulin tak akan pernah menjadi jodoh orang lain. Kalau dah jodoh tak kemana," tambah Zulin.
Zulin sebelum ini mengakui dirinya sedang didekati jejaka dari Indonesia dan mula berkenalan sejak tahun lalu.
Malah, pengacara wanita itu pernah memuat naik foto gaun perkahwinan dan petikan surah al-Quran di akaun Instagramnya.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter
Must-Watch Video