,
Hiburan

Selesa Sebagai ‘Bestie’, Nabil Aqil & Alya Iman Enggan Terjebak Cinta Lokasi

Umirah Halim
02/05/2024
09:00 MYT
Pelakon Nabil Aqil dan Alya Iman mengakui enggan terjebak dengan cinta lokasi kerana tidak mahu merosakkan status persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak 2021.

Jaga status persahabatan

Nabil atau nama lengkapnya Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin berpendapat bahawa kerjasamanya dengan Alya dalam industri seni tanah air ini tidak terhenti di sini sahaja malah mereka mungkin akan bekerjasama dalam projek-projek yang lain.
Disebabkan itu, dia memilih untuk menjaga status persabahatan dengan Alya kerana tidak mahu merosakkan hubungan baik yang terjalin antara mereka.
“Sebenarnya kalau kita sudah temui seseorang yang sesuai dan masing-masing saling mencintai saya rasa tidak salah. Tapi dengan Alya saya nak kekalkan hubungan persahabatan yang sudah terjalin sejak tiga tahun lalu.
“Kalau saya buat hal dengan kawan sendiri, ia akan merumitkan lagi perhubungan itu dan menerbitkan perasaan yang tidak seronok.

Cinta lokasi tidak professional

Sementara itu, Alya atau nama lengkapnya Nur Alya Iman Azmil menganggap cinta lokasi adalah satu perkara yang tidak professional.
“Ia sangat tidak profesional kalau individu itu mempunyai niat yang salah dari awal untuk cuba mendapatkan seseorang yang dia suka.
“Pada saya, itu bukan pelakon yang baik. Tapi kalau takdirnya berjumpa jodoh di set dan betul-betul nak berkahwin, saya okey saja. Cuma kalau sekadar nak mendapatkan seseorang dengan niat yang salah, saya tidak setuju.
“Saya anggap dunia lakonan ini adalah satu kerjaya dan saya enggan mensia-siakan peluang ini. Lagipun tidak mungkin saya akan jatuh cinta dengan Nabil kerana saya sudah mempunyai teman lelaki jadi Nabil ni kami macam bestie sahaja,” tambahnya lagi.
Sekadar info, drama Anggun Mikayla lakonan Nabil dan Alya sudah mula ditayangkan di platform penstriman Viu sejak 25 April lalu.
Drama adaptasi novel karya Liza Nur dan terbitan Global Station itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Razin Qidran, Emelda Rosemila, Lisdawati dan ramai lagi.

Berita Trending: Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual…

Berita Trending: Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

Gegar Vaganza 2024 (GV11) – Musim Ke-11 Bermula dengan Barisan Bintang Terhebat di Malaysia

gempak
06/11/2024
10:26 MYT
Gegar Vaganza 2024 (GV11) kembali dengan 14 peserta hebat seperti Ronnie Hussein, Nai Dinamik, dan Ning Baizura, serta penampilan penyanyi legendaris dari Indonesia. Saksikan aksi mereka secara langsung di Astro Ria atau strim melalui Astro GO dan sooka, bermula 24 November 2024
Hiburan

Guardians of the Shore, Tembawai Kanyuk & Ram Ram Rep Antara 42 Judul Rancangan TVS Ditayangkan Di Viu

gempak
23/10/2024
19:23 MYT
Viu, sebuah platform OTT terkemuka di rantau ini, telah memperoleh 42 judul daripada TVS (TV Sarawak), menjadikan kandungan Sarawak tersedia secara kolektif buat pertama kalinya untuk pelanggan Viu.
Hiburan

Teroka Simply South, Nikmati Penjimatan Di VIU & 2 Saluran Terbaru Di Astro

gempak
23/10/2024
11:03 MYT
JUALAN JIMAT BESAR kami membawakan Saluran Blippi & Friends dan Oppa Mania bermula 1 November 2024
Hiburan

Isu Pakaian Seksi Alya Iman, Ini Komen Pengurus! - "Alya Tidak Mahu ..."

gempak
17/10/2024
07:55 MYT
Pengurus pelakon Alya Iman enggan mengulas isu berkenaan busana seksi yang digayakan artis di bawah naungannya ketika menghadiri sebuah acara hiburan baru-baru ini.
Hiburan

Teguran PU Riz Untuk Individu Kata ‘Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar’ - “Dalam Agama Ada Bahagian Yang Dipanggil Malu Dengan Dosa”

gempak
14/10/2024
07:55 MYT
Pendakwah bebas dan selebriti Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menegur tindakan individu yang mengatakan lebih selesa untuk tidak memakai tudung kerana menganggap itu adalah diri sebenar.
Unitar