Bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah menyangkal dakwaan dirinya tamak kerana mengambil pelbagai tawaran dalam bidang hiburan selepas melalui fasa perceraian.
Semakin giat menceburkan diri dalam lapangan seni, Bella merasakan perkara ini sebagai salah satu rezeki untuk anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 3, dan keluarga.
"Jika ada yang mengenali saya dan keluarga semenjak dahulu lagi, pastinya mereka tahu saya dan adik, Didi Astillah telah mula menceburkan diri dalam bidang hiburan semenjak kami kanak-kanak lagi.
"Namun begitu, rezeki Didi datang terlebih dahulu untuk dia lebih menyerlah ketika meningkat remaja. Saya pula menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan selepas itu, saya mendirikan rumah tangga dengan bekas suami," kata Bella.
Tambah Bella, dia hanya menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin dan mahu mencuba pelbagai perkara dalam bidang hiburan.
"Saya akui, kini saya kembali aktif dalam bidang hiburan. Ada orang yang mula mempertikaikan dan merasakan kehadiran saya sebagai satu nama yang 'tiba-tiba muncul', sedangkan saya sudah lama bergiat dalam bidang seni semenjak kanak-kanak lagi.
"Saya rasa tiada salahnya pun untuk saya bergiat aktif dalam bidang hiburan kerana ini adalah punca saya mencari rezeki untuk anak dan keluarga.
"Saya tidak tamak kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak untuk keluarga dan ibu tunggal kepada anak kesayangan saya. Apa salahnya saya gunakan peluang yang ada," kata Bella.
Drama bersiri lakonan Bella selaku teraju utama, Cinta Belum Tamat Tempoh kini sedang ditayangkan di slot Megadrama.
Cinta Belum Tamat Tempoh merupakan adaptasi dari novel judul sama tulisan Rehal Nuharis.
Diarahkan oleh Jamal Khan, drama bersiri ini bersiaran selama 16 episod bermula 9 September.
Selain Bella, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Nafiz Muaz, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Syuhaida Abraz, Radin ERA dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #CintaBelumTamatTempoh untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!
Kamaruddin Razal
Wed Sep 18 2019


Idris Khan Terkejut, Dakwa Difitnah - “Ada Pihak Guna Kedudukan & Kuasa Dengan Peras Ugut”
Akhirnya Idris Khan tampil bersuara!

“Anak-Anak Dah Makin Membesar…”- Datuk K Minta Siti Nurhaliza Ada Masa Untuk Anak
Siti Nurhaliza patuh pada kehendak Datuk K

Lancang Bethol | Syamsul Yusof - "Habis cerita mak bapak aku keluar, i have no time for this bull***
Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof tampil bersuara, katanya bukan melarikan diri dari masalah, tapi sedang memperbaiki kemelut rumahtangga bersama isterinya, Puteri Sarah. Jom layan video penuh sekarang! #LancangBethol

“Kenapa Hati Busuk? Aku Tak Kacau Hidup Kau”- Normah Damanhuri Terkilan Anak Buat Baik Pun Dikecam
Kadang kita tak kacau orang tapi orang yang kacau kita.

Honey Lee Dapat Baby Girl, Selamat Bersalin Anak Sulung
Tahniah Honey Lee

Netizen Puji Syahmi Sazli Ambil Pelakon Istimewa Berlakon Filem 35mm - “Semoga Maju Jaya Syahmi”
Setuju!

Britney Spears Kongsi Kehidupan Lepas Kahwin, Belum Pergi Berbulan Madu
Suka tengok Britney dengan suami dia, comel je.

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP6
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu peserta paling banyak masuk audition! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Aedy Ashraf Buat Laporan Polis, Ada Individu Menyamar Dirinya Untuk Perdaya Wanita
Nasib baik Aedy pantas buat report!

“Ada Pregnant Tag, Perut Besar Pun Buat Tak Nampak” - Ibu Hamil Kecewa Kena Berdiri, Pengguna LRT Selamba Duduk Priority Seat
Berilah pada yang memerlukan.