Hiburan

“Semangat Gbob Kuat, Tempurung Kepala Yang Dicabut Akan Dipasang Semula 2 Bulan Lagi” – Che Mat

gempak
Fiza Kamarudin
11/07/2020
09:53 MYT
Sponsor Banner
“Semangat Gbob Kuat, Tempurung Kepala Yang Dicabut Akan Dipasang Semula 2 Bulan Lagi” – Che Mat
Pelawak Che Mat mengagumi semangat dimiliki sahabatnya Gbob yang pernah kritikal kerana pendarahan dalam otak akibat serangan angin ahmar 4 bulan lalu.
Che Mat berkata, melihat kepada keadaan Gbob sekarang pasti tiada yang menyangka dia pernah terlantar kritikal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) selama beberapa bulan.
“Alhamdulillah, Gbob semakin sihat, malah dia nampak lebih sihat berbanding sebelum ini, cuma badan saja susut sikit.“Kalau dulu dia hanya terlantar tetapi kini Gbob dah boleh bercakap. Semangat Gbob kuat. Saya sendiri kagum…Kalau saya berada di tempat Gbob pun belum tentu saya mampu jadi sekuat dia.
“Belum apa-apa lagi Gbob dah nyatakan hasrat nak kembali bekerja selepas dia pulih sepenuhnya nanti,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Ditanya mengenai rawatan Gbob selepas ini, Che Mat berkata sahabatnya itu akan menjalani pembedahan memasang kembali tempurung kepalanya yang dicabut sebelum ini. "Gbob beritahu yang tempurung kepalanya akan dipasang semula September nanti. Dia mohon doakan semuanya berjalan lancar.
“Saya terharu melihat Gbob yang tak putus semangat. Selain dah boleh bercakap dia juga dah boleh berjalan empat hingga lima tapak.“Sekarang ini hanya bahagian badan sebelah kiri sahaja boleh digunakan dan perlu dipapah untuk berjalan,” katanya. Gbob, atau nama sebenarnya Hamizi Hashim terjatuh dalam bilik air di rumahnya akibat serangan angin ahmar pada 5 Mac lalu dan disahkan mengalami pendarahan dalam otak.
Gbob pernah menyertai Maharaja Lawak Mega 2019 bersama Che Mat dan Azrul Zaidi.
Artikel berkaitan:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live