Sembang Main Judi Di Podcast, Shuib Mohon Maaf - "Memang Tak Manis Buka Aib Sendiri"
Gempak
24/07/2024 12:25 MYT
24/07/2024 12:25 MYT
Pelawak popular, Shuib mengaku khilaf dan memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kisah silamnya yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.
"Sebenarnya saya enggan membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Namun, kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang.
"Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya dan saya akan mengambil pengajaran serta lebih berhati- hati ketika bercerita mengenai perkara silam.
"Saya juga sedar kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara. Jadi, saya ambil maklum sebab ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai benda yang tak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut Islam," katanya.
"Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab ia daripada kisah benar bukan cerita rekaan.
"Kisah ini pula dilakukan oleh orang yang dikenali sekali gus lebih dekat untuk orang terima. Kalau ikutkan ramai penonton yang meninggalkan komen positif termasuk berkongsi pengalaman mereka yang serik dengan aktiviti tidak berfaedah dan mendatangkan dosa ini.
"Cuma apabila sebahagian video ini tular di media sosial dan terdapat portal berita yang meletakkan tajuk yang tergantung, jadi mula lah orang bercakap fasal saya buka aib sendiri sedangkan Allah dah tutup aib saya.
"Tapi kalau lah mereka boleh pergi ke YouTube dan menonton podcast itu dari awal sebenarnya kami sudah meletakkan 'peringatan' supaya tidak terikut dengan gejala ini dan perkongsian ini bertujuan memberi pengajaran," jelasnya.BERITA TRENDING:Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"
"Memang tidak manis membuka aib sendiri...
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, berkata, walaupun perkongsian yang dibuat bertujuan memberi pengajaran kepada orang ramai, tetapi kisah membuka aib tidak seeloknya didedahkan secara terbuka."Sebenarnya saya enggan membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Namun, kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang.
"Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya dan saya akan mengambil pengajaran serta lebih berhati- hati ketika bercerita mengenai perkara silam.
"Saya juga sedar kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara. Jadi, saya ambil maklum sebab ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai benda yang tak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut Islam," katanya.
Harap Diri Tidak Dihukum
Menurut Shuib, walaupun dikecam hebat oleh netizen kerana perkongsiannya itu dikatakan membuka aib sendiri sedangkan selama ini Allah menutup aib dirinya, namun Shuib berharap orang ramai dapat menonton podcast Dol's Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie sebelum menghukum dirinya."Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab ia daripada kisah benar bukan cerita rekaan.
"Kisah ini pula dilakukan oleh orang yang dikenali sekali gus lebih dekat untuk orang terima. Kalau ikutkan ramai penonton yang meninggalkan komen positif termasuk berkongsi pengalaman mereka yang serik dengan aktiviti tidak berfaedah dan mendatangkan dosa ini.
"Cuma apabila sebahagian video ini tular di media sosial dan terdapat portal berita yang meletakkan tajuk yang tergantung, jadi mula lah orang bercakap fasal saya buka aib sendiri sedangkan Allah dah tutup aib saya.
"Tapi kalau lah mereka boleh pergi ke YouTube dan menonton podcast itu dari awal sebenarnya kami sudah meletakkan 'peringatan' supaya tidak terikut dengan gejala ini dan perkongsian ini bertujuan memberi pengajaran," jelasnya.
BERITA TRENDING:Ketagih Main Permainan ‘Mesin’, Shuib Pernah Kerugian Puluhan Ribu & Dikepung Gangster - “Bila Aku Berhenti, Duit Bukan Kata Boleh Simpan, Malah Makin…”
BERITA TRENDING:Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"
BERITA TRENDING:“Memang Benar Sekarang Ini Populariti Dia Mendahului Saya…” - Shuib Tak Halang Watie Hanifiah Jana Pendapatan Lebih Tapi Ada ‘Limit’
BERITA TRENDING:“Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa
Sebelum ini, Shuib membuat pendedahan menerusi sesi podcast Dol's Podcast bahawa dia pernah terlibat dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan suatu ketika dahulu.
Kongsi Shuib, dia juga pernah dikepung dengan beberapa gangster selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000.
Sejak kejadian itu, Shuib akui bertekad meninggalkan tabiat bermain judi.
Sumber: Harian Metro